" e x p r e s s i o n m y p a s s i o n o n f a s h i o n "

home | about me | facebook | twitter | tumblr

Kawan

Kawan.
.

Kawan ada macam-macam jenis.


1) Yang selalu depan muka.

Kawan macam nie sentiasa ada dengan kau time susah, senang, miskin, kaya.
Dihulur tangan menyambut ketelusan hati sebagai seorang teman.
Kawan macam nie ada dua jenis jugak :

i ) Ikhlas
ii ) Nak ambil kesempatan


Nota : Kau yang mana ???



2 ) Yang sial.

Kawan yang tersebut di atas, jilaka perangainya.
Muka dia terpampang terpancul bila waktunya kau senang, dan waktunya dia susah.
Kau macam kotak musik untuk dia joget bergumbira sama-sama.
Dan dia buang kau lepas rosak fungsi kedukaan yang tiba.


Nota : Tinggalkan kawan macam nie.



3 ) Yang macam kucing.

Kawan yang macam nie miang. Ulat bulu.
Musim mengawan dah tiba, di buntingkan kau selepas puas asmaranya.
Di tinggalkan kau bersama benih zuriatnya.
Kau menderita menanggung perit, dia berjimba-jimba dengan bahagia.


Nota : Dia rogol kau.



4 ) Yang macam permata.

Kau campak dia dalam berjuta manusia, beribu batu jauhnya, berlapis benuanya, berombak lautannya.
Dia tetap disatu sudut, telah kau khaskan penghuninya dalam hati, hanya dia kau mahkotakan.


Nota : Dia sahabat sejati.
Suka entry nie ? Like lah. Lagi baik komen sekali. Terima Kasih :)

No comments: